CERITA ORANG BALIK HAJI
e-book Cerita Orang Balik Haji (COBH) akan menjadi kenangan kepada umat Islam yang telah naik haji dan menjadi pedoman kepada bakal haji. Ia sarat dengan tips dan pedoman untuk bakal haji. Penulis menceritakan perasaan kecewa apabila permohonan kepada Kedutaan Arab Saudi untuk mendapat tajaan naik haji ditolak. Bagaimana perasaan dan tawakkal apabila meninggalkan anak istimewa untuk naik haji. Detik-detik cemas kehilangan Lanyard Tabung Haji di KLIA dan kehilangan bag semasa Mabit di Mudzalifah dicerita oleh penulis dengan penuh suspen. Penulis juga menceritakan peristiwa di tarik tangan oleh petugas dan dibawa ke saf depan untuk solat semasa berada di Raudhah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar suara hamba-Nya walaupun sekadar lintasan dalam hati. Banyak lagi cerita yang dimuatkan dalam e-book setebal 94 muka surat ini. Selamat membaca Insya-Allah banyak manfaat untuk semua.
[View Full Reviews for this Book]
Reviews
1.Nick Name : Dr Senoi Beg Gua Musang
Review Rating : 5
Review Comments : Cerita Orang Balik Haji merupakan sebuah karya yang sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji. Keistimewaan buku ini terletak pada gaya penceritaannya yang santai, bersahaja dan mudah difahami tanpa bergantung pada bahasa yang berbunga-bunga. Pendekatan ini menjadikan setiap kisah terasa seolah-olah diceritakan oleh seorang sahabat atau ahli keluarga, sekali gus memudahkan pembaca menghayati mesej yang disampaikan.
Pesanan kepada bakal jemaah haji pada akhir buku ini amat bermakna dan praktikal sebagai panduan membuat persiapan rohani dan amali. Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk menunaikan ibadah haji dengan persediaan yang optimum serta memperoleh haji yang mabrur. Allahumma aamiin.